Program diselaras oleh panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh En Fahmi Bin Aziz di bantu oleh En Zulkarnain dan Emran.
Setiap hari selepas rehat selama 5 minit semua pelajar tahap 2 ( tahun 4 hingga tahun 6 ) akan menyebut patah perkataan yang ditetapkan oleh guru kemudian mengejanya secara bersama-sama dengan dipantau oleh guru bertugas mingguan.
Setiap pelajar dikehendaki menghafal dan mencari maksud setiap perkataan yang dipilih oleh guru menerusi penggunaan buku kamus.
Tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris. Dan terima kasih atas usaha anda terhadap anak didik SK Seri Sejati.
No comments:
Post a Comment