Monday, September 5, 2011

Program Motivasi UPSR

 Program : Motivasi UPSR
Tarikh : 11 Ogos 2011
Tempat : Bilik Komputer SK Seri Sejati
Penceramah : Tuan Haji Nasir Bin Haji Bujang
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Sejati
 Sasaran : Pelajar Tahun 6 ( 2011 )
Jumlah Peserta : 36 orang

 Program di selaraskan oleh En Nani Bin Sarif selaku guru dan penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Beliau yang dibantu oleh guru-guru mata pelajaran tahun 6 ( Pn Azlina, En Zulkarnain, Tn Haji Sarkawi dan guru-guru lain )

Tujuan Program : Meningkatkan lagi keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan menanam sikap positif untuk mencapai kejayaan.

Wednesday, May 18, 2011

PKSR Penggal Pertama

PKSR ( Penilaian Kendalian Sekolah Rendah )
Tarikh : 24 Mei 2011 hingga 27 Mei 2011
Hari : Selasa hingga Jumaat

Selamat menjawab soalan kepada semua pelajar SK Seri Sejati, Semoga memperolehi keputusan yang cemerlang.

Friday, April 8, 2011

Program Tautan Kasih Laporan

Assalamualaikum....
   Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya program yang dirancang berjalan dengan lancar. Program Tautan Kasih ini merupakan kali pertama diadakan, semoga dengan langkah ini dapat meninggkatkan lagi prestasi, kualiti dan kejayaan sekolah dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
 AJK Pendaftaran ( En Yakin dan Pn Raziah ) sedang menerima dan menunggu di kauter pendaftaran. Alhamdulillah kehadiran ibubapa atau penjaga murid adalah 100%. Tahniah dan terima kasih atas komitmen tuan puan.
 Puan Guru Besar bersama pelajar tahun 6 sedang menunggu ketibaan penjaga di Makmal Komputer sekolah.


 Puan Guru Besar sedang memberikan ucapan aluan kepada ibubapa dan penjaga serta menerangkan tujuan program ini diadakan dan menerangkan secara ringkas mengenai Program Mento Menti kepada yang hadir.

 Barisan guru yang terlibat dalam Program ini terutama guru matapelajaran Teras Tahun 6. Tahniah kerana berjaya menganjurkan program ini. Tahniah juga kepada Tuan Haji Zaki kerana dapat menguruskan perjalanan program ini dengan jayanya.

Kesimpulannya program Tautan Kasih kali pertama ini mencapai objektif dan tujuannya. Diharap apa yang diharapkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa akan tercapai.serisejati.blogspot.com

Thursday, April 7, 2011

Program Tautan Kasih

Tarikh : 09 April 2010
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tgh
Hari : sabtu
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Sejati

maklumat lanjut layari www.serisejati.blogspot.com

Monday, March 14, 2011

Kelas Tambahan Tahun 6

Tarikh : 14 Mac 2011 hingga 17 Mac 2011
Sasaran : Semua pelajar tahun 6

Pelajar-pelajar walau tak dapat bercuti namun masih tersenyum menghadiri kelas tambahan. Teruskan usaha
Kehadiran hampir 80 %... tahniah semua yang hadir. Serta tahniah kepada guru yang hadir semasa cuti..
Ingat lah anak-anak murid... kejayaan pada masa akan datang dimulakan pada hari sebelumnya ( hari ini ). 

Renungan....
   Untuk melihat hasil masa akan datang ialah menerusi benih pada masa sekarang. Jika ingin kesenangan pada masa akan datang, mulailah dengan usaha dan kesusahan pada masa sekarang. Jika tidak mahu tertinggal pada masa akan datang, mulalah berlari dari sekarang...

Thursday, March 3, 2011

UPPM 1

Ujian Pengesanan
  Khas untuk pelajar murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR. Bermula pada minggu hadapan ( 08 Mac 2011 ). Kepada semua pelajar murid tahun 6 semoga berjaya dalam ujian ni. Good luck.