Monday, May 7, 2012

Program Pemantapan Bahasa Melayu

 Tarikh : 27 April 2012
Tempat : Bilik Sains SK Seri Sejati
 Seramai 50 orang murid terlibat terdiri dari 36 murid Tahun 6 dan selebihnya dari tahun 5.
Program diselaraskan oleh Puan Noor Azlina Binti Amin. Tahniah kerana berjaya melaksanakan program berkenaan dengan baik.

Wednesday, April 25, 2012

Program Panitia Sains Zon Parit Sulong

 Sebagai Pengerusi Panitia Sains di Zon Parit Sulong, SK Seri Sejati telah menjadi tuan rumah untuk aktiviti peningkatan pencapaian Sains UPSR iaitu program menjawab soalan sains.
Penceramah : En Jamsari Bin Marjonit dari SK Tenaga Setia

 Program dijalankan pada : 21 April 2012
Tempat : Bilik Komputer SK Seri Sejati
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 pagi

 Penyertaan : Semua Sekolah Zon Parit Sulong
Seramai 50 orang lebih pelajar telah menyertai program berkenaan.
 Pelajar berhenti rehat

Pn Guru Besar sedang melayan guru pengiring. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam program berkenaan. Pihak SK Seri Sejati memohon maaf jika ada kekurangan di sepanjang program berkenaan. Terima kasih.

Program Pemantapan Bahasa Inggeris

 Program diselaras oleh panitia Bahasa Inggeris  yang diketuai oleh En Fahmi Bin Aziz di bantu oleh En Zulkarnain dan Emran.
 Setiap hari selepas rehat selama 5 minit semua pelajar tahap 2 ( tahun 4 hingga tahun 6 ) akan menyebut patah perkataan yang ditetapkan oleh guru kemudian mengejanya secara bersama-sama dengan dipantau oleh guru bertugas mingguan.
 Setiap pelajar dikehendaki menghafal dan mencari maksud setiap perkataan yang dipilih oleh guru menerusi penggunaan buku kamus.
Tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris. Dan terima kasih atas usaha anda terhadap anak didik SK Seri Sejati.