Friday, April 8, 2011

Program Tautan Kasih Laporan

Assalamualaikum....
   Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya program yang dirancang berjalan dengan lancar. Program Tautan Kasih ini merupakan kali pertama diadakan, semoga dengan langkah ini dapat meninggkatkan lagi prestasi, kualiti dan kejayaan sekolah dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
 AJK Pendaftaran ( En Yakin dan Pn Raziah ) sedang menerima dan menunggu di kauter pendaftaran. Alhamdulillah kehadiran ibubapa atau penjaga murid adalah 100%. Tahniah dan terima kasih atas komitmen tuan puan.
 Puan Guru Besar bersama pelajar tahun 6 sedang menunggu ketibaan penjaga di Makmal Komputer sekolah.


 Puan Guru Besar sedang memberikan ucapan aluan kepada ibubapa dan penjaga serta menerangkan tujuan program ini diadakan dan menerangkan secara ringkas mengenai Program Mento Menti kepada yang hadir.

 Barisan guru yang terlibat dalam Program ini terutama guru matapelajaran Teras Tahun 6. Tahniah kerana berjaya menganjurkan program ini. Tahniah juga kepada Tuan Haji Zaki kerana dapat menguruskan perjalanan program ini dengan jayanya.

Kesimpulannya program Tautan Kasih kali pertama ini mencapai objektif dan tujuannya. Diharap apa yang diharapkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa akan tercapai.serisejati.blogspot.com

1 comment:

  1. Sewaktu ingin memulakannya, amat berat untuknya. Bila sudah bermula pasti ada perubahannya. Tahniah....

    ReplyDelete